G-Chat

29 April 2009

Berpisah Untuk Sementara



17 april merupakan tarikh lahir salah seorang daripada geng gelimat iaitu kak siti Aisya Monib dan juga merupakan tarikh perpisahan untuk kami. Kak siti Aisya dan kak Norlina berangkat pulang ke malaysia setelah berjaya menghabiskan pembelajaran mereka di bumi anbiya yang penuh barakah ini. Penerbangan yang dijangka berlepas di waktu pagi.

Jam 8 pagi kami sudah bersedia untuk bertolak ke airport cairo menghantar mereka berdua pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kena membayar denda kerana lebihan barangan yang di bawa pulang.. Agak2 apa ekk yang dorang bawa pulang? Daging Unta? kitab2? atau pun makanan2.. hehehe...

Rasa sebak mengiringi mereka2 yang turut menghantar kak sam dan kak lina di airport. Bilamana kita sudah saling kenal mengenali dan wujud keserasian antara satu sama lain akan ada perasaan kasih sesama insani. Dan perpisahan itu mengundang manik2 jernih yang gugur dari kelopak mata mengiringi pemergian mereka berdua.

Tidak ramai geng gelimat yang lain dapat turut sama menghantar kepulangan otai gelimat kali ini, mungkin kerana peperiksaan yang sudah semakin hampir dengan kesibukan dan kepadatan jadual kelas tambahan membuatkan geng lain tak dapat sama2 hadir meraikan hari lahir dan perpisahan ini.

Seawalnya diri masih boleh tersenyum dan bergelak ketawa bersama geng gelimat yang lain. Sambil mengusik2 junior yang dah mula sayu dan menangis di atas perpisahan ini. Tapi akhirnya bilamana salam di hulur dan nasihat2 yang syahdu di dengar airmata bagaikan tak tertahan untuk mengalir.. Langit yang kelihatan cerah langsung tidak dapat membendung airmata yang jatuh di pipi. Lantas ku relakan kepulangan mereka di iringi dengan linangan airmata yang suci..

Perpisahan untuk sementara waktu dan pastinya akan bersua semula di negeri sendiri.. Yang penting punya masa yang terluang untuk sama2 mengeratkan ukhuwah fillah ini.. Walau jauh mana jarak pemisah namun hubungan persahabatan ini tidak akan berakhir di sini.. kemudahan perhubungan yang semakin canggih dan maju di alaf ini tidak menghalang untuk kita terus berhubung di antara satu sama lain..

Yang dah balik malaysia jangan lupakan kami di bumi mesir ini, doakan kejayaan kita bersama2.. dan yang masih berada di mesir ini perjuangan belum selesai dan kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan dan azam yang sentiasa di semat setiap tahun.. Moga kejayaan milik kita semua.. Hidup GELIMAT!!!!...

7 comments:

sempoi_boyz on May 1, 2009 at 9:56 AM said...

da bpsh?huk2..tmpang sedih..apepn..sy kapten senduk cap kapal arang ingn melaporkn diri utk apply jwtn guard dlm gelimats..ahakz!smga pmhnan sy d trma olh aweks2 gelimats..miahahahaaha..skian..trme ksih

nienakariena on May 1, 2009 at 11:54 AM said...

kena hantar resume nih poipot hahaha

sempoi_boyz on May 1, 2009 at 8:44 PM said...

resume?erks..hntr kek mano?pjbt pos ko pjbt kadi?
miahhahhaa

nienakariena on May 5, 2009 at 8:27 AM said...

pjbt kadi? hang ada sangkut dgn anggota GG ker smpai nak hantar resume kat pjbt kadi? hahaha

Anonymous said...

Hmmm... sedangkan si Kalabatu pun rejected :P

sempoi_boyz on May 18, 2009 at 11:11 AM said...

hahaha niena..x de la tsngkut..teumbat jo ado...erks..si kalabatu?klau c kalaputih kne rejek x?muahaha

sempoi_boyz on May 18, 2009 at 11:12 AM said...

hah!kslpn typing..teumbat lak..tsumbat le.muahha

Post a Comment

G-Egypt

G-Followers

G-Traffic

 

© BLOG RASMI GENG GELIMAT © 2009 | Designed by © Sarani | Special made for GENG GELIMAT | Bloggerized by The Contributors Of Gelimats