G-Chat

11 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri (-_-")




Assalamualaikum semua Gelimats-Ku yang di rindui selalu.
Hehehe.. Melihatkan saja tajuk di atas, suda agak-agak skema kan.

Adoi.. Skema berabis la pulak.

Em, lama nda view ni blog tau. Bukan apa, sibuk.. Sibuk main game di Facebook ;p
Hehe. Apa kabar ladang-ladang dan restoran kamu (wahai Gelimats-Ku??) :-)
Jangan lupa jawap kuiz hari ni T_T Jangan lupa do drop beberapa comment di
profile dan status member2 Facebook. Jangan lupa lawat ladangku, dan ladangnya
juga. Jangan mencuri (bulan puasa ni. berdosa kamu!!) Tapi kalau kamu bagi gift tu,
aku maafkan kamu ;P

Tapi yang paling penting, jangan lupa membaca Al-Quran. Ramadhan semakin
meninggalkan kita. 10 Hari terakhir inilah lagi peluang kita untuk berusaha untuk
menambahkan amalan dan pengharapan ampunan dosa dari-NYA. Semoga Ramadhan
kali ini adalah yang terbaik bagi kita dan tidak mensia-siakan-nya. Mudah-mudahan
sempat bertamu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. InsyaAllah..

Sempena kedatangan Syawal ni, KAMI dari Gelimat mengucapakan 'Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin'. Bersederhanalah dalam menyambut raya (uhuk uhuk..
kita kan di perantauan. jangan membazir. nda bagus tu)

Untuk Geng Gelimat di Malaysia, Kak Sam, Kak Lina dan Ema - Makan ketupat tu,
jangan lupa kami sini. Kirim salam ngan family. Huhuhu.. :'(

--- Untuk akhirnya, Salam AidilFitri untuk semua kaum Muslimin dan Muslimat. Semoga
Allah SWT memberi rahmat dan berkat kepada kita di bulan mulia ini. InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment

G-Egypt

G-Followers

G-Traffic

 

© BLOG RASMI GENG GELIMAT © 2009 | Designed by © Sarani | Special made for GENG GELIMAT | Bloggerized by The Contributors Of Gelimats